Sunday, December 2, 2018

Pelajaran 24: Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحيم
Pelajaran 24 

Pengenalan

Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

Nama

Muhammad bin ʿAbdullah bin ʿAbdul Muṭtālib bin Hasyim
Nama lain
Ahmad, al-Māiy, al-Hāšir, al-ʿAqib

Dalam sebuah hadis, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut beberapa nama beliau. Dari Jubair bin Muth’im radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



إِنَّ لِي أَسْمَاءً، أَنَا مُحَمَّدٌ، وَأَنَا أَحْمَدُ، وَأَنَا المَاحِي الَّذِي يَمْحُو اللَّهُ بِيَ الكُفْرَ، وَأَنَا الحَاشِرُ الَّذِي يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمِي، وَأَنَا العَاقِبُ الَّذِي لَيْسَ بَعْدِي نَبِيٌّ



“Daku adalah Muhammad, daku adalah Ahmad dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT menghapuskan kekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul) yang dengan jejakku Allah SWT mengumpulkan umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.” 
(HR. Bukhari 4896 dan Muslim 2354 )
Gelaran
Al-Amin
Tarikh
12 Rabiʿ al- ʾAwwal  tahun Gajah
Tempat lahir
Mekah
Kunniyyah
Abu al Qāsim
Ibu
Aminah binti Wahab
Ibu susuan
Thuwaibah al ʾAslamiyyah, Halīmah as Saʿdiyyah
Pengasuh
as Syaimaʾ, Ummu Aiman
Isteri
Khadijah binti Khuwailid,
Saudah binti Zamʿah, 
ʿAisyah binti Abu Bakar, 
afah binti ʿUmar,
Zainab binti Khuzaimah, 
Juwairiyah binti al-aris, 
Zainab binti Jahsy, 
Ummu Salamah binti Abu Umayyah, 
ufiyyah binti uyai, 
Ummu Habibah binti Abu ufyan, 
Maimunah binti al aris, 
Mariah al Qibtiyyah

tekan pautan: 
isteri-isteri Nabi
Anak
Al-Qāsim, 
ʿAbdullah, 
Ibrahīm, 
Zainab, 
Ruqayyah, 
Ummu Kultsum,
Faimah
Tarikh dan Tempat Wafat
12 Rabiʿ al- ʾAwwal Tahun 11 Hijrah di Madinah.

Microsoft Sway(tekan di sini):
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW

Jom jawab kuiz!
https://www.classroomclipboard.com/783151
Kod6W4JXH


Kronologi Ringkas Kisah Hidup Rasulullah SAW


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W



USIA 5 TAHUN

* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.



USIA 6 TAHUN

* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN

* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.



USIA 20 TAHUN

* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.



USIA 25 TAHUN

* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



USIA 35 TAHUN

* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.








Setelah meneliti segala kronolgi ataupun riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, terdapat beberapa iktibar dan teladan yang baik yang perlu seluruh umat Nabi Muhammad SAW amalkan :-

- Perlu bersifat amanah dalam melakukan pekerjaan.
- Tahu untuk menjaga batas pergaulan dengan orang lain dalam kehidupan seharian.
- Sentiasa bergaul dan menyertakan diri dalam kemasyarakatan.
- Perlu bersabar dan istiqamah dalam menyampaikan ilmu dan dakwah.


Kronologi Peristiwa Penting Hidup Nabi (Sebelum Kerasulan)
https://prezi.com/p/37mtcj-nenbq/

Kisah Nabi Muhammad utusan terakhir
Nabi Muhammad saw


Latihan

Soalan Latihan 2
game code : bcp5783

No comments:

Post a Comment